Tuesday, August 5, 2008

MASYARAKAT YANG TIDAK BERPAKSIKAN ISLAM...

Salam kepada sahabat2 yang sudi melayari blog saya yg doif ini...sedikit perkongsian utk entry kali ini..ketika saya sedang menemani seorang kawan membeli sesuatu di sebuah kedai, saya memerhatikan gelajat anak2 remaja yang baru pulang ke sekolah.Berbagai ragam saya memerhatikan gelagat mereka. Yang lelaki dengan gaya rap nyer dan perempuan dengan gaya sosial yang amat miskin dengan sifat kewanitaan.
Apa nak jadi dengan anak remaja kita, inikah golongan yang akan mewarisi front negara...??hancur negara nanti. Tapi dalam perkara ini ibubapa juga menjadi penyumbang kepada kerosakan anak2 remaja. Kerana ibubapa yang mencorakkan anak2 mereka untuk menjadi yahudi, majusi& nasrani. Ibubapa tidak mencontohi Nabi Allah Ibrahim yang berdoa kepada Allah yang Allah rakamkan dalam Al- Quran yang bermaksud " Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah aku dari orang yang mendirikan solat & juga zuriat ku"
Al-Allama As-Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya "Tarbiatul Aulad fil Islam " menyatakan mendidik anak2 adalah bermula sebelum kahwin lagi. Iaitu ketika saat memilih isteri. Hal ini amat penting kerana isteri itu tadi nak mengandungkan seseorang anak itu, begitu juga suami, mesti pilih lelaki yang baik dengan izin Allah dapat menghasilkan benih yang baik. Jadi samalah kita renung-renungkan......Wassalam.

3 comments:

wan nur emillia said...

nice blog my fren..

nadhirah said...

bila nak update??? dah nak hbis thun 2009 dah ni....

Banafsaji said...

Ya Allah! Malunyer kaum sejenis buat mcm ni. Macam dah tak de nilai-nilai kesopanan dlm diri. Teruknyer video ni